Khamis, 5 September 2013

Ask.fm

 Aku ingatkan apa la Ask.fm ni, rupa-rupanya laman sosial yang baru aku pernah dengar. Bunyi dah macam siaran radio ringth? huhu.. Ramai friend kat twitter ada Ask.fm aku pun nak cuba jugak main benda alah tu. Mula-mula takut jugak nak ambil(macam la benda tu bom)sampai aku tanya pendapat kakak aku dulu. Kakak aku kata kawan dia pun pernah jugak suruh dia ambil, tapi kakak aku cakap dia tak reti main. Jadi bila aku nak ambil punya la semangat dia sokong. Dia kata "try la amik..p klau x silap akak dia tnya2 soalan."   Lepas je dia kata macam tu, aku tersentak.Tanya soalan? bisikku dalam hati.?Dah mula terasa seram sejuk. Macam mana kalau dia tanya soalan bukan-bukan? dan yang paling aku takut klau dia tanya soalan dalam Inglish. Macam mana aku nak jawab? ottoke?            "Eee takut la..buatnya ada orng tnya adk dalm bhsa inglish adk nk jwb apa?" balasku penuh dengan rasa risau. Mana tak risau, aku dah la lemah inglish."haha..xlaaa..yng ni benda tu yng tnya bkn orang." Rasa nak gigit je kakak aku time tu. Sampai hati dia gelak kan aku. So lepas dia dah kata macam  tu hilang la sikit rasa risau di hati ni sikit. Kalau tak tadi dup dap,dup dap je. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Dan sekarang aku pun telah mengunakan Ask.fm. Entah apa yang best pun aku tak tahu Ask.fm ni. Bagi aku tak best mana Ask.fm  ni.. Bosan je.. Tak tahu la bagi yang lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ada yang suka ada yang tidak. Iye dok kome. Test test cakap perak tak tahu jadi ke tidak..hehe..ok rasanya dah cukup aku cerita pasal  Ask.fm ni. Sampai sini jela kut..hihi..                                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan